Lencana SK Setapak Indah

Lencana Terkini
1 Januari 2005 hingga sekarang

Lencana Pertama
1998 hingga 31 Disember 2004

Konsep Rekabetuk
Rekabentuk lencana Sekolah Kebangsaan Setapak Indah berkonsepkan pelbagai warna iaitu Biru, Merah, Kuning dan Putih yang melambangkan pelbagai makna selain ianya juga warna Jalur Gemilang. Konsep kedua ialah moto sekolah iaitu Berilmu Beramal Berbakti, nama sekolah dan tahun ditubuhkan.

Rekabentuk Lencana

Lencana sekolah direka bentuk dengan menggabungkan perisai yang berlatar berlilitkan warna digabungkan menjadi satu, buku, lambang elektron, gear, teknologi maklumat, sukan dan bunga padi.

Keterangan Lencana
Tiga bulatan putih yang digabungkan menjadi satu bentuk bermaksud integrasi kaum.
Buku yang terbuka bermaksud pendidikan yang mereka perolehi dari SK Setapak Indah akan menghasilkan
rakyat Malaysia yang serba boleh dalam bidang sains
dan teknologi, bermaklumat dan juga cemerlang dalam
gerakkerja kokurikulum.
Bunga padi bermaksud sahsiah dan disiplin diri. Ilmu
yang diperolehi dapat digunakan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk Negara.

Keterangan Moto
Moto sekolah BERILMU BERAMAL BERBAKTI membawa maksud bahawa seseorang itu mesti mempunyai ilmu. Dengan ilmu tersebut mereka mestilah mengamalkannya untuk berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

Keterangan Warna
Warna-warna yang dipilih dalam reka bentuk lencana;
Putih- melambangkan ketulusan, berjiwa murni, keimanan, kebenaran dan kesucian nilai.
Biru - melambangkan kasih sayang dan keharmonian.
Merah - melambangkan keberanian, jati diri dan bersemangat waja.
Kuning - melambangkan nilai yang paling tinggi.

Rekabentuk oleh :Guru Besar En Zaifuddin Baharum
Digunapakai pada 1 Januari, 2005. Baca Selanjutnya ...

No comments:

Post a Comment