Sejarah


                  Tapak sekolah ini asalnya sebuah lombong.. Ia merupakan tapak cadangan yang ketiga setelah dua tapak lagi tidak dapat dibangunkan kerana sebab-sebab tertentu. Bangunan sekolah siap dibina pada tahun 1997. Sekolah ini dengan rasminya digunakan pada 1 Januari, 1998 dengan nama asalnya Sekolah Kebangsaan Seri Melati, mengambil nama tapak projek yang pertama di Taman Melati. Sesi persekolahan bermula pada 5 Januari, 1998. Datin Ramlah binti Sugiman ialah Guru Besar yang pertama. Di bawah kepimpinan beliau terdapat seramai 41 orang guru, 700 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 5 dan 2 orang staf sokongan.

                 Pada 8 Mac 2004 nama sekolah ditukar dari SK Seri Melati kepada Sekolah Kebangsaan Setapak Indah untuk mensesuaikan lokasi sebenarnya di Setapak Indah dan sekolah menengah yang berhampir, iaitu SMK Setapak Indah.

Guru Besar SK Setapak Indah dari tahun 1998 hingga sekarang.

Datin Ramlah binti Sugiman
(1 Oktober 1997-31 Julai 2000)
Guru Besar Pertama
Pn Zaiton binti Daud
(1 Ogos 2000 - 28 September 2003)
Guru Besar Kedua
En Hasbullah bin Zahari
(16 Oktober 2003 - 15 Oktober 2004)
Guru Besar Ketiga
En Zaifuddin bin Baharum
(16 Oktober 2004 hingga sekarang)
Guru Besar Keempat



 SK SETAPAK INDAH


Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) di Malaysia

 Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur (SK Setapak Indah). TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Baca Selanjutnya ...

1 comment:

  1. saya membuat video tentang sejarah penubuhan TKRS. saya sedia maklum bahawa SK Seri Melati adalah sekolah rintis. Jadi saya mohon keizinan untuk menggunakan gambar sekolah boleh?

    ReplyDelete