Sunday, July 29, 2012

Larangan Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah masih berkuatkuasa. Ibu, bapa, penjaga dan murid-murid diingatkan supaya mematuhi larangan ini. Baru-buru ini berlaku kejadian di mana seorang murid membawa telefon bimbit ke sekolah dan telefon bimbit tersebut telah hilang. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan ini. Pihak sekolah telah memaklumkan penguatkuasaan larangan ini melalui surat siaran kepada ibu, bapa dan penjaga, melalui makluman semasa perjumpaan PIBG dan juga kepada murid-murid semasa perhimpunan dari masa ke semasa.

Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas berikut: (Sila Klik pada pautan)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

           

Baca Selanjutnya ...

Saturday, July 28, 2012

Aktiviti Sempena Ihya' Ramadhan SK Setapak Indah


Bil.
Aktiviti
Tarikh/Waktu
1
Perasmian Penghayatan Ramadhan
23 Julai 2012
2
Literasi Al-Quran / Tadarus Al-Quran
Setiap hari waktu rehat
3
Tazkirah / Bacaan Zikir
10 minit waktu pagi
4
Risalah Ramadhan
2 kali sepanjang Ramadhan
5
Ceramah Nuzul Al-Quran
10 Ogos 2012
6
Kuiz Terbuka Ihya’ Ramadhan
30 Julai-10 Ogos
7
Kuiz Agama Islam dan Bahasa Arab
Waktu P&P
8
Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Surah Yaasin dan Solat Terawikh bersama guru-guru, ibubapa dan murid-murid
9 Ogos 2012
Baca Selanjutnya ...

Kerajaan perlu tegas cadangan telefon bimbit di sekolah

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menggesa kerajaan membuat keputusan tegas berhubung cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, selain mengganggu proses pembelajaran, ia juga boleh mewujudkan budaya tidak sihat dalam kalangan pelajar.

"Langkah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit hanya akan menganggu tumpuan mereka pada sesi pembelajaran ketika berada di dalam kelas.

"Langkah itu juga dikhuatiri akan mengundang beberapa masalah lain seperti kecurian, penyalahgunaan dan wujud jurang antara berkemampuan dan kurang berkemampuan dalam kalangan pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis lalu yang menegaskan, belum ada sebarang keputusan dibuat terhadap cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.

Jelas Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, perkara tersebut hanya salah satu cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong beberapa minggu lalu setelah mengambil kira perkembangan teknologi terkini.

Mohd. Ali berkata, penggunaan peralatan alat komunikasi itu turut dilihat akan membebankan pihak sekolah daripada aspek kos dan masa.

"Saya bimbang ia akan meningkatkan kos pihak sekolah dalam menyediakan lokar khas untuk menyimpan peralatan elektronik itu kepada pelajar serta menambahkan beban guru untuk memantau sewaktu proses pembelajaran," ujarnya.

Justeru jelasnya, kerajaan harus mengkaji perkara tersebut secara mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan agar ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap institusi pendidikan negara. - UTUSAN
Baca Selanjutnya ...

Monday, July 23, 2012

Tahniah Kepada Pasukan Lari Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah.

Pasukan Lari Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah telah memenangi Pingat Emas di Kejohanan Lari Berganti-ganti 4x100m Bawah 11 Tahun MSSWP Wilayah Keramat yang diadakan pada 17 Julai 2012 di Stadium Mini SK Taman Melati. Sebanyak 25 pasukan dari 25 buah sekolah rendah di PP Wilayah Keramat mengambil bahagian.

Pasukan Perempuan SK Setapak Indah hanya sekadar ke separuh akhir sahaja. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Pelari Pasukan Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah adalah:
1. Muhd Akil bin Zulkifli (Kelas 5 Jujur)
2. Syazwan Iman bin Iswandi (Kelas 5 Jujur)
3. Muhd Hajimi Hakim (Kelas 5 Dedikasi)
4. Muhd Hafizudin bin Ismail (Kelas 4 Jujur)
5. Mohd Danial Hafiz (Kelas 4 Cemerlang) Baca Selanjutnya ...

Sunday, July 22, 2012

SK Setapak Indah Perintis Tunas Kadet Remaja Sekolah

LOGO TKRS

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin  peneraju Tunas Kadet Remaja Sekolah  oleh  khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Baca Selanjutnya ...

Saturday, July 21, 2012

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan yang terkini.


Encik Abdullah bin Mad Yunus
  Pengarah Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur
berkuatkuasa pada 2 Julai 2012
Baca Selanjutnya ...

Friday, July 20, 2012

Jadual Ujian Percubaan UPSR Selaras JPNWP

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan UPSR Selaras Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

24 Julai 2012 (Selasa)
8:10pg – 9:00pg :                      Bahasa Malaysia – Ujian Pemahaman (50 minit)
11:00pg – 12:15tgh :                 Bahasa Malaysia – Ujian Penulisan (1 jam 15 minit)

25 Julai 2012 (Rabu)
8:10pg – 9:10pg :                      Matematik Kertas 1 (1 jam)
10:40pg – 11:20pg :                  Matematik Kertas 2 (40 minit)

26 Julai 2012 (Khamis)
7:50pg – 8:40pg :                       Bahasa Inggeris – Aneka Pilihan (50 minit)
8:50pg – 10:05pg :                     Bahasa Inggeris – Ujian Bertulis (1 jam 15
                                                    minit)
11:15pg – 12:30tgh :                  Sains (1 jam 15 minit)

Selamat berjaya.
Baca Selanjutnya ...

Thursday, July 19, 2012

Program Khas Sempena Kedatangan Ramadhan


Baca Selanjutnya ...

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN PADA BULAN RAMADHAN

Semua Guru/Ibu/Bapa
SK Setapak Indah

Tuan,

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan dimaklumkan bahawa jadual waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan tahun 2012 adalah seperti berikut :



ISNIN - KHAMIS
JUMAAT
MASA
SESI PAGI
SESI PETANG
MASA
SESI PETANG
1
7.20 – 7.50
12.30 – 1.00
1
2.20 – 2.45
2
7.50 – 8.20
1.00 – 1.30
2
2.45 – 3.10
3
8.20 – 8.50
1.30 – 2.00
3
3.10 – 3.35
4
8.50 – 9.20
2.00 – 2.30
4
3.35 – 4.00
5
9.20 – 9.45
2.30 – 3.00

4.00 – 4.15 (REHAT)
6
9.45 – 10.10
3.00 – 3.20  (REHAT)
5
4.15 – 4.40

10.10 – 10.25  (REHAT)
3.20 – 3.50
6
4.40 – 5.05
7
10.25 – 10.50
3.50 – 4.15
7
5.05 – 5.30
8
10.50 – 11.15
4.15 – 4.40
* Jadual Hari Jumaat Sesi Pagi Sama Seperti Biasa.
9
11.15 – 11.40
4.40 -5.05
10
11.40 – 12.05
5.05 – 5.30
11
12.05 – 12.30




Sekian, terima kasih. Baca Selanjutnya ...

Sunday, July 15, 2012

Minggu Kecemerlangan UPSR 2012 SK Setapak Indah

Tarikh:             16 hingga 20 Julai 2012

Tempat:            SK Setapak Indah

Pengisian:

Isnin   16 Julai 2012    
Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris
oleh En Mohd Hizal bin Talib
Penolong pengarah Bahasa Inggeris JPNWP

Selasa  17 Julai 2012
Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Malaysia
oleh Pn Sharifah Musalmah
Guru SK AU Keramat

Rabu    18 Julai 2012
Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik
oleh En Mohd Bahaudin Bokhari Bin Manaf
Penolong Pegawai Pelajaran PPW Sentul

Teknik Menjawab Soalan UPSR Sains
oleh Pn Norlaily bt Mohd Yusof
GPK SK (P) Methodist 

Khamis 19 Julai 2012
PAFA dan Solat Hajat

Jumaat  20 Julai 2012
Ceramah Motivasi

Untuk Renungan

Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.
Allah berfirman....
"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11
"...adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9
DOA MENUNTUT ILMU.
 
Makdudnya:
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu
 ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari
 ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,
doa yang tidak di dengar (makhbul) dan
 amalan yang  tidak di naikkan (diterima).
Baca Selanjutnya ...

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Setapak Indah

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Setapak Indah telah diadakan pada 10 Julai 2012 (Selasa). Semua warga sekolah telah menyertai dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah buat semua warga SKSI.







Baca Selanjutnya ...

Jom Baca dan Menang

Khas untuk murid-murid SK Setapak Indah


  • Murid-murid yang banyak membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Catatan Nilam berpeluang memenangi hadiah lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Pakej lawatan selama 2 hari 1 malam.
  • Murid-murid yang meminjam buku daripada perpustakaan sekolah (Perpustakaan Ibnu Khaldun) akan berpeluang memenangi cabutan bertuah. Lagi banyak murid-murid pinjam buku, lagi banyak peluang memenangi hadiah lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
  • Dapatkan maklumat lanjut di perpustakaan sekolah, Perpustakaan Ibnu Khaldun.
  •  

Baca Selanjutnya ...