Sunday, July 29, 2012

Larangan Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah masih berkuatkuasa. Ibu, bapa, penjaga dan murid-murid diingatkan supaya mematuhi larangan ini. Baru-buru ini berlaku kejadian di mana seorang murid membawa telefon bimbit ke sekolah dan telefon bimbit tersebut telah hilang. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan ini. Pihak sekolah telah memaklumkan penguatkuasaan larangan ini melalui surat siaran kepada ibu, bapa dan penjaga, melalui makluman semasa perjumpaan PIBG dan juga kepada murid-murid semasa perhimpunan dari masa ke semasa.

Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas berikut: (Sila Klik pada pautan)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

           

No comments:

Post a Comment