Monday, July 23, 2012

Tahniah Kepada Pasukan Lari Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah.

Pasukan Lari Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah telah memenangi Pingat Emas di Kejohanan Lari Berganti-ganti 4x100m Bawah 11 Tahun MSSWP Wilayah Keramat yang diadakan pada 17 Julai 2012 di Stadium Mini SK Taman Melati. Sebanyak 25 pasukan dari 25 buah sekolah rendah di PP Wilayah Keramat mengambil bahagian.

Pasukan Perempuan SK Setapak Indah hanya sekadar ke separuh akhir sahaja. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.

Pelari Pasukan Berganti-ganti 4x100m SK Setapak Indah adalah:
1. Muhd Akil bin Zulkifli (Kelas 5 Jujur)
2. Syazwan Iman bin Iswandi (Kelas 5 Jujur)
3. Muhd Hajimi Hakim (Kelas 5 Dedikasi)
4. Muhd Hafizudin bin Ismail (Kelas 4 Jujur)
5. Mohd Danial Hafiz (Kelas 4 Cemerlang)

No comments:

Post a Comment